Saturday 21 May 2011

salam perkenalan......

assalamualaikum kepada yg sudi utk menjengah pada halaman pemikiran,perasaan,serta renungan peribadi yg baru di daftarkan atas nama BLOGER...hehehehehehhehehe...


kadang-kadang ,dalam diri ni ada satu perasaan yg agak menghambat ataupun menghalang utk mendaftarkan diri sebagai bloger....kenapa blog tercipta,?mengapa semua org nak jadi bloger???suka-suka?sengaja nak tunjuk diri tu hebat dalam memperkatakan pandangan?atau ingin menjadi pedoman kepada mereka yang sudah hilang pedoman???atau ingin meluahkan segala pemikiran atau perasaan tanpa perlu memikirkan pro dan kontra....tanpa perlu memikirkan bahana yg boleh menjurus salah faham...yg boleh menuju ke arah nyalaaan api yg di gelar sentiment....

maaf kalau terlalu negetif tentang kewujudan bloger..hukum alam memang adil...ada buruk.. ada cantiknya..ada hitam ada putihnya dan ada positif ada negetifnya....kehadiran bloger ini banyak membantu masyarakat dalam membentuk pemikiran serta perasaan...dulu masyarakat melihat dunia dari satu atau dua sudut..tetapi sejak kehadiran bloger(tak kiralah..yg wangi atau yg busuk) masyarakat termasuk saya sendiri melihat dunia dari pelbagai sudut atau dari banyak sudut..dunia di lihat bukan sahaja dari depan,bukan sahaja dari bawah,bukan sahaja dari tepi,tetapi dari dalam atau dari pandangan serta renungan pada sudut 289 darjah...

kadang-kadang kita rasa kita betul,kadang-kadang kita rasa kita benar dalam membuat keputusan untuk tindakan.kewujudan bloger secara tak lansung membuatkan kita kembali merenung keputusan ,merenung tindakan,merenung tingkahlaku kita serta merenung apakah sebenarnya kita di muka bumi yg luas ini.(perenggan ini hanya utk yg rajin membaca sahaja..yg malas membaca tak dapek den nak menolongnya)

sejak tahun 2007 ,minat membaca blog mula tertanam.dari sekecil kecil blog yg memaparkan kisah diri sendiri,hinggalah sebesar besar blog yg memaparkan pandangan yang boleh menganjakan paradigma dan tak terlepas juga yg mengundang kemarahan,kekeliruan,keralatan serta kekesalan..dari blog rakan rakan yg dikenali hinggalah ke tokoh yg dikenali seperti TUN DR MAHATIR.tak terlepas juga individu individu yg agak popular dengan pandangan "diluar kotak" seperti yg tertera di dalam tulisan blog mereka.bermacam macam gaya tulisan,bermacam macam langgam bahasa,serta bermacam macam lagi.
yg paling lucu ada bloger yang hanya" mencetak" pandangan orang lain.dan yang paling lawak ada yg "gunting" dan "tempel"(cut n paste) tulisan orang lain dan di tempelkan di halaman beliau.meminjam pandangan orang lain bagi saya tak salah,tetapi biarlah penyampaian serta huraian mengikut kadar diri sendiri.sampaikan pandangan mengikut arahan otak serta hati anda sendiri.cara  anda sendiri.itu yg membuatkan blog anda ada kelas yg tersendiri.ada keunikan.

kadang kadang saya terbaca juga tulisan yg tidak menghormati pembacanya.biar pun blog adalah halaman peribadi tetapi kita jangan lupa tulisan kita di baca oleh seorang pembaca,puluhan pembaca atau jutaan pembaca.memang ada gaya bahasa jika kita meluat atau marah dengan sesuatu isu.tetapi itu bukan jalan yg menghalalkan kita untuk menggunakan perkataan yg agak mencemuh hingga ke tahap "benda di dalam  kain".
kesimpulannya adalah etika serta adab.saya boleh berkompromi dengan kesalahan ejaan,tatabahasa atau istilah.asalkan maksudnya sampai dan menarik.saya bukanlah pakar bahasa pun.heheehhehehe .tetapi bila bahasa "dalam kain "menjadi tred mark memang membuatkan pembacaan  saya terganggu.
jika di beri pilihan antara bloger yang SINIS dan bloger yang BIADAP,,saya memilih bloger yang sinis dalam tulisan.sinis membuatkan kita berfikir serta boleh mengundang  humor secara tak sengaja..berbanding dengan biadap..membuatkan kita berhenti berfikir serta mengundang kebencian atau meluat.

mungkin ramai kurang menyedari fungsi bloger- bloger ini.Secara tak lansung meraka adalah mata,telinga,hati serta otak masyarakat yang paling ideal.jika dibandingkan dengan wartawan ,mereka lebih dekat dengan masyarakat..dan kalau tak keterlaluan ,,mereka lebih memahami nadi denyut masyarakat..kerana mereka tidak menghadapi kerenah-kerenah ataupun protokol-protokol dalam menyampaikan tulisan.Itulah kebebasan yg sebenarnya.mereka menulis untuk artis artis marhaen kerana sukar untuk artis ini mendapat liputan di dada akhbar.(itu salah satu contoh).teringat tentang ABDILLAH SM yg menulis tentang pementasan BUKAN BUNUH DIRI DINSMAN.bersyukur kerana ada insan yg mahu menulis tentang diri saya yg mementaskan skrip tersebut.

Bicara tentang bloger memang sudah.banyak perbincangan mengenai bloger di media arus perdana sedikit masa dulu..apa yg saya utarakan cuma sedikit menyentuh peranan bloger di dalam masyarakat...memang banyak lagi yg hendak di perkatakan....mungkin ada yang di luar sana lebih arif tentang fenomena blog ini..

apa pun ribuan terima kasih kepada yg sudi membaca tulisan pertama saya di dalam blog..blogerkah AKU???
segala kesilapan serta kekhilafan tulisan ini,,harap dapat di maafkan..

yang baik datangnya dari ALLAH S.W.T
yg buruk datangnya dari diri saya sendiri...assalamualaikum.....